top of page

Sejarah Kampung

Kampung ini telah di terokai pada sekitar tahun 1920-an. Penduduk kampung ini adalah dipercayai berasal dari sebuah kampung yang bernama Suba Jotan (sekarang Kampung Suba Bau). Pada awalnya mereka berulang-alik dari Kampung Suba Jotan ke kawasan mereka berhuma. Lama-kelamaan mereka menetap di kawasan mereka berhuma tersebut.

 

Kawasan tersebut diberi nama Kampung Suba Buan. Nama tersebut diperolehi dari sejenis tanaman yang banyak terdapat di situ pada ketika itu iaitu pokok buan (Nama saintifiknya "Dillenia Suffruticosa").

 

Pada awal perpindahan, kampung ini hanya didiami oleh sekitar dua puluh keluarga sahaja. Selain dari bercucuk tanam mereka juga bergiat dalam aktiviti mencari sarang burung di beberapa buah gua yang berhampiran serta bekerja mencari galian seperti emas dan antimoni.

 

Antara mereka yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Kaum kampung ini adalah:

 

  • PDK Kiyam anak Kogap (sebelum 1920)

     (PDK: Pi’ayuh daang kupuo)

  • TK Busu anak Kuyul (1920 – 1932)

  • TK Binjay anak Seripaty (1932 – 1949)

  • TK Ponia anak Misak (1949 – 1971)

  • TK Silet anak Busu (1971 – 1993)

  • TK Jimbey anak Nyaim (1993 – 2013)

  • KK Latip anak Nyaim (2013 – sekarang)

     

     

     

     

     

     

     

     

     

Hak Cipta Terpelihara © 2015 - Suba Buan

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
  • w-youtube
bottom of page