top of page

Kebudayaan

  • Bersesuaian dengan pengisytiharan Kampung Suba Buan sebagai Kampung Budaya Bidayuh Bau pada 9hb Julai 2005, kampung ini bergiat aktif dalam mempromosi dan memelihara adat resam serta kebudayaan masyarakat Bidayuh Bau.

 

  • Kampung ini telah menjadi tuan rumah kepada sambutan Malam Citrawarna Budaya Bidayuh peringkat negeri Sarawak sebanyak 5 kali, yang melibatkan pelbagai kaum dan kumpulan Bidayuh seluruh Sarawak dan juga tetamu dari Bengkayang Indonesia.

 

  • Kumpulan Kebudayaan kampung ini juga sering dijemput untuk membuat persembahan tradisional oleh Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan(DBNA) dan Majlis Daerah Bau untuk sambutan hari Gawai.

 

  • Dipilih untuk mewakili kaum Bidayuh untuk membuat persembahan tradisional ketika menyambut orang-orang kenamaan seperti TYT negeri Sarawak, Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Menteri Sarawak.

 

  • Kumpulan pemain gong juga pernah dijemput membuat persembahan di Putrajaya sempena Hari Kebangsaan pada tahun 2006.

 

  • Selain itu kumpulan kebudayaan ini juga selalu diminta untuk membuat persembahan dalam acara-acara yang berkaitan oleh kampung-kampung yang berdekatan ataupun dari daerah lain.

 

  • Generasi muda yakni pelapis sentiasa dipupuk untuk memelihara warisan budaya nenek-moyang mereka. Pelbagai program dijalankan untuk tujuan ini. Antaranya adalah memberi kursus tarian dan gong kepada anak-anak muda, termasuklah mereka yang masih di bangku sekolah rendah.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 - Suba Buan

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
  • w-youtube
bottom of page