
SUBA

BUAN
Keusahawanan

Puan Johiam merupakan pengusaha kraftangan tradisional yang berjaya. Beliau kini mempunyai 2 lokasi perniagaan di Pekan Bau. Beliau juga sering membuat pameran di seluruh negeri Sarawak dan di Semenanjung Malaysia. Pernah ditemuduga dalam sebuah rancangan dokumentari oleh RTM.

Perusahan kimpalan besi diusahakan oleh Encik Dobil Anak Latip (DOBIL ENTERPRISE – metals and wielding works). Beliau menerima tempahan bukan sahaja di dalam kampung malah sehingga ke kawasan luar dari daerah Bau.
Seorang anak muda dari kampung ini, telah menceburkan diri dalam bidang persolekan dan terapi kecantikan. Cik Mary Emelda anak Rigok pernah mewakili negeri Sarawak dalam ‘Pertandingan Kemahiran Malaysia’ yang diadakan di Kuala Lumpur yang merupakan wakil tunggal dan yang julung kalinya dalam bidang terapi kecantikan. Beliau kini mempunyai perkhidmatan persolekan bila diperlukan di dalam kampung.



Encik Frederik Musand Ebot mengusahakan perkhidmatan pendawaian elektrik domestik serta penyejuk bekuan dan penyaman udara termasuk kerja-kerja pemasangan dan pembaikian bermula dari tahun 2005.


Di dalam kampung juga ada sebuah kedai runcit untuk kemudahan penduduk kampung membeli barang-barang keperluan. Kedai runcit ini mula beroperasi sebelum tahun 1996 lagi. Selain dari menjual barang-barang runcit, kedai ini juga menjalankan perkhidmatan pos (surat-menyurat) dan juga pembayaran bil melalui perkhidmatan beliau sebagai seorang ejen mybsn dalam kampung.


-
PKEK (Projek Kecil Ekonomi Kampung-KEMAS) mula dilancarkan pada pertengahan bulan Oktober tahun 2007. Perusahaan kampung ini menawarkan perkhidmatan untuk menyewakan kemah, meja, kerusi dan kelengkapan untuk majlis makan atau yang berkenaan. PKEK Suba Buan kini mempunyai 6 buah kanopi/kemah, 45 buah meja dan 450 kerusi untuk disewakan serta pinggan mangkuk, sudu garfu dan kain alas meja.
