top of page

Komuniti 1Malaysia (K1M)

Program Komuniti 1Malaysia (K1M) yang merupakan pertubuhan sukarela yang terdiri daripada pelbagai kaum yang ditubuh di bawah penyeliaan dan pembiayaan  oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi memupuk nilai-nilai perpaduan di kalangan masyarakat. Jabatan Penerangan Malaysia juga akan menyalurkan peruntukan bagi melaksana program dan aktiviti-aktiviti untuk ahli-ahli Komuniti 1Malaysia di kawasan masing-masing.

 

Dengan tertubuhnya program di kampung ini, warga Suba Buan dengan secara automatik akan menjadi ahli kepada Komuniti 1Malaysia, Kampung Suba Buan Bau.

 

Pengerusi K1M Suba Buan Encik Stephen Jinben juga telah dilantik sebagai Bendahari kepada AJK Majlis Pemuafakatan Komuniti 1Malaysia, Daerah Bau. Manakala Timbalan Pengerusi Encik Ruai Naim terpilih sebagai salah seorang ahli jawatankuasanya.

 

Fungsi dan objektif Majlis Pemuafakatan Komuniti 1Malaysia di Daerah Bau ini adalah:

 

  • Menjadi platform bagi Komuniti 1Malaysia menyuarakan pandangan dan cadangan kepada Jabatan dengan satu suara;

  • Menjalin hubungan harmoni dan kerjasama antara Komuniti 1Malaysia sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan;

  • Menggalakkan penglibatan ahli-ahli Komuniti 1Malaysia dalam mengurus program secara berdikari dan bekerjasama;

  • Memberi ruang kepada wakil-wakil yang dipilih untuk berbincang dan berdialog bagi menambah baik dan memantapkan Komuniti 1Malaysia dan

  • Merealisasikan konsep “kesukarelaan” di dalam Komuniti 1Malaysia.

     

     

     

     

     

     

     

     

     

Carta Organisasi K1M Kampung Suba Buan

PENASIHAT

KK Latip Ak. Nyaim

Stephen Dul Ak. Jinben

PENGERUSI

TIMB. PENGERUSI

Ruai Ak. Naim

SETIAUSAHA

Carolineson Ak. Nosin

BENDAHARI

Peter Dablin Ak. Jimy 

PEN. BENDAHARI

Pour Ak. Umar

Philip Ak. Menon

       PENGERUSI

RAKAN USAHAWAN

     PENGERUSI

RAKAN BUDAYA

PENGERUSI RAKAN IT

Johiam Ak. Jitui

Francisca Ak. Nijit

PEN. SETIAUSAHA

Jamilar Ak. Nayek

      PENGERUSI

RAKAN HARMONI

Limah Ak. Lidek

 PENGERUSI

RAKAN PADU

Sharifah Faridah Bt. Abdullah

Hak Cipta Terpelihara © 2015 - Suba Buan

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
  • w-youtube
bottom of page