
SUBA

BUAN
Utama




SELAMAT DATANG KE LAMAN KAMPUNG SUBA BUAN
Kampung Suba Buan merupakan sebuah kampung tradisional masyarakat Bidayuh yang terletak 8.5 km ke barat daya Pekan Bau dan 43.5 km dari Bandaraya Kuching. Dalam kawasan Parlimen P192 Mas Gading dan DUN N.2 Tasik Biru.
Kampung ini mempunyai keluasan dalam lingkungan 35,000 hektar dan dikelilingi oleh kawasan berbukit dan berpaya.
Kampung Suba Buan telah didaftarkan kepada program Gerakan Daya Wawasan (GDW) sejak tahun 1997 dan telah menjadi anggota Kawasan Rukun Tetangga Zon Grogo Bau (KRT) pada tahun 2000.
Pada 9hb Julai 2005, Kampung Suba Buan telah diisytiharkan sebagai Kampung Budaya Bidayuh Bau oleh YB Dato’ Dr. Tiki Lafe, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada ketika itu.
Aktiviti Akan Datang
Hubungi Kami
Ikuti Kami
Trafik Pelawat
Berita Terkini
Mac 13, 2016
Sejarah terukir bagi Kampung Suba Buan bila Perdana Menteri Malaysia menjejak kaki ke kampung. Satu Lawatan "Walk About" Perdana Menteri Malaysia Datuk Patinggi Mohd. Najib Tun Razak ke Kampung Suba Buan telah berlangsung bagi menunjukkan keprihatinan beliau kepada rakyat khususnya penduduk Kampung Suba Buan yang baru sahaja dilanda bencana banjir. Beliau telah menyokong usul pemindahan SK Suba Buan yang seringkali dilanda banjir ke sebuah tapak yang lebih tinggi.
November 1, 2015
Mesyuarat Gabungan JKKK Kpg Suba Buan dan PIBG SK Suba Buan telah berlangsung di Bilik Gerakan Suba Buanbermula jam 7.30 petang. Mesyuarat membincangkan tentang aktiviti-aktiviti kedua-dua pihak yang akan dianjurkan serta memberi info tentang pencapaian yang telah diperolehi.
Oktober 10, 2015
Hari Sukan Negara telah dianjurkan oleh Kelab Belia Suba Buan. Program ini telah berlangsung serentak seluruh negara. Antara Program yang telah dijalankan adalah:
-Berjalan 1000 langkah
-Bola Tampar Persaudaraan antara KBSB dan JKKK Suba Buan (Lelaki)
-Bola Tampar Persaudaraan (Perempuan)
September 13, 2015
Program Bancian Maklumat Penduduk telah diadakan pada 13 Sep 2015 lalu bertujuan untuk mendapatkan beberapa maklumat penduduk kampung yang masih tidak tepat dan tercicir. Program berjalan dengan lancar dengan kerjasama dari penduduk kampung.