
SUBA

BUAN
RELA
Latar Belakang
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia atau lebih dikenali sebagai RELA telah ditubuhkan di Kampung Suba Buan pada 22 Januari 2014 dengan matlamat sebagai sebuah jentera keselamatan kerajaan berbentuk sukarela di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 (Pasukan Kawalan) Perubahan Nama dan Pindaan 1974.
Penubuhan RELA juga memberi kesempatan kepada rakyat jelata yang taat-setia untuk tampil ke hadapan menganggotai agensi keselamatan kerajaan yang diwujudkan bagi membantu, memelihara dan mempertahankan keselamatan dan keamanan negara. Penubuhannya adalah selaras dengan falsafah dan keyakinan bahawa tanggungjawb mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara adalah di tangan rakyat Malaysia sendiri dan setiap rakyat perlu memainkan peranan masing-masing.
Pasukan RELA Kampung Suba Buan terdiri daripada dua buah platun, yang di ketuai oleh En. Patrick Apat Anak Suip (Platun 1) dan En. Abee Anak Tapial (Platun 2). Seramai 66 orang penduduk Kampung Suba Buan telah mengaggotai RELA Suba Buan ini yang terdiri dari 47 orang lelaki dan 19 orang perempuan.
RELA Kampung Suba Buan sering menjalankan peranan mengawal keselamatan dalam kampung, terutama sekali apabila ada aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai di dalam kampung.
Misi RELA Kampung Suba Buan
Menjadi sebuah pasukan sukarelawan yang unggul bagi membantu agensi keselamatan supaya keamanan dan keselamatan negara terkawal serta membantu mengekalkan keselamatan negara keamanan dan kesejahteraan rakyat.