top of page

Latar Belakang

  • Kampung Suba Buan merupakan sebuah kampung tradisional masyarakat Bidayuh yang terletak 8.5 km ke barat daya Pekan Bau dan 43.5 km dari Bandaraya Kuching. Dalam kawasan Parlimen P192 Mas Gading dan DUN N.2 Tasik Biru.
  • Kampung ini mempunyai 87 buah rumah dan bilangan penduduk seramai 702 orang dari 106 buah keluarga.
  • Struktur kawasan kampung adalah berbukit dan berpaya. Keluasan kampung dianggarkan dalam lingkungan 35 000 hektar.
  • Kampung Suba Buan juga telah didaftarkan kepada program Gerakan Daya Wawasan (GDW) sejak tahun 1997. 
  • Kampung ini mula menjadi anggota Kawasan Rukun Tetangga Zon Grogo Bau (KRT) pada tahun 2000. 
  • Pada 9hb Julai 2005, Kampung Suba Buan telah diisytiharkan sebagai Kampung Budaya Bidayuh Bau oleh YB Dato’ Dr. Tiki Lafe, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada ketika itu.
 
 
 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 - Suba Buan

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
  • w-youtube
bottom of page